Oleh Ayna Farhana Mohamad Sari
Foto oleh Pusat Sukan
SERDANG, 10 Oktober – Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Kolej bagi Sesi 2017/2018 diadakan pada 8 Oktober 2017 di Stadium Universiti Putra Malaysia. Bermulanya secara rasmi Kejohanan Sukan Kolej UPM (SUKOL) bagi Sesi 2017/2018 yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM.
Kejohanan Sukan Kolej bagi Sesi 2017/2018 akan bermula pada 25 September 2017 dimulai dengan sukan Bola Keranjang Lelaki. Sebanyak 20 acara sukan akan dianjurkan pada fasa pertama kejohanan.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Kolej Tujuh Belas yang telah memenangi di tempat ke – 2, naib johan dalam acara perbarisan. Semoga prestasi ini dapat dikekalkan pada masa hadapan. Pihak Kolej Tujuh Belas juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang.
Keputusan Keseluruhan Acara Perbarisan:
Johan | : KOSASS |
Naib Johan | : KOLEJ 17 |
Ketiga | : KTDI |
Keempat | : KTP |
Kelima | : KOLEJ 14 |
Keseragaman Terbaik | : KTDI |
Persembahan Lintas Hormat Terbaik | : KOSASS |
Maskot terbaik | : KOSASS |
Moto Sukan Terbaik | : KOLEJ 6 |
Date of Input: 10/10/2017 | Updated: 10/10/2017 | aynafarhana