|

TAKLIMAT KHAS UEBC 2016

29 September 2016 - Satu taklimat khas  Ultra Elite Boost CampUEBC) telah diadakan di Dewan Kuliah Utama(DKU), FPSK, UPM Serdang. Taklimat ini disampaikan oleh pengetua Kolej Tujuh Belas, Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman. Turut hadir felo-felo, pihak pengurusan, MTM, dan pelajar tahun 1 Kolej Tujuh Belas. Program ini akan berlangsung pada 1 hingga 5 November 2016 iaitu pada cuti pertengahan semester. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai persiapan sebelum menghadiri Ultra Elite Boost Camp. 

Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Latihan dan Kepimpinan, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Tujuh Belas Sesi 2016/2017, dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Tujuh  Belas serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia bagi membentuk kecemerlangan buat para pelajar tahun 1 dalam menyumbang tenaga kerja dan idea, menyokong dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kolej, fakulti sehingga ke peringkat universiti. Pelajar bukan sahaja dapat memperbaiki malah dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta memupuk semangat cinta akan kolej kediaman, fakulti seterusnya universiti.  

Hasil daripada kem ini diharapkan para pelajar dapat mengenali dan mempunyai semangat jati kolej. Selain itu, para pelajar juga dapat mengenali antara satu sama lain. Seterusnya, memupuk semangat kerjasama antara pelajar. Akhirnya, pelajar dapat menerapkan kemahiran insaniah(KI) dalam diri peserta.

Berita Lain...

SXDdTA7~