Sea Turtle Volunteer |
» BERITA » Sea Turtle Volunteer

Sea Turtle Volunteer

Berita oleh Danisya Yusri 

Gambar oleh Ong Hui Ming 

PENGKALAN BALAK , 26 Mac - Program Sea Turtle Volunteer anjuran Kelab 17 Youth kelolaan Sekretariat Perpaduan dan Hubungan Luar telah dijalankan dengan jayanya pada 24 Mac 2018 (Sabtu) di Pusat Konservasi dan Informasi Penyu, Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka. Seramai 31 orang peserta terdiri daripada pelajar Kolej Tujuh Belas, pihak pengurusan dan felo Kolej Tujuh Belas telah menyertai program ini.

sesi bergambar

Pendedahan tentang sifat-sifat unik penyu dan pemuliharaan penyu di Malaysia telah diberikan kepada para peserta. Antara aktiviti yang menarik telah dilakukan oleh para peserta seperti membersihkan tempat penetasan telur penyu, ,mencuci kolam penyu, membersihkan penyu, menyedia dan memberi makanan kepada tuntung. Para peserta juga berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman menanam telur penyu sebanyak 123 biji.

aktivit mandikan penyu

 

penanaman telur penyu

Oleh itu, tahniah diucapkan kepada para peserta kerana berjaya menjalankan program Sea Turtle Volunteer dengan lancar dan jutaan terima kasih atas penglibatan anda semua. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pusat Konservasi dan Informasi Penyu, Melaka kerana memberi peluang berharga ini kepada para peserta.

si anak penyu

Tarikh Input: 26/03/2018 | Kemaskini: 26/03/2018 | mahr

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
SXEaIAs~