PROGRAM KONSERVASI CINTA ALAM 2.0 |
» BERITA » PROGRAM KONSERVASI CINTA ALAM 2.0

PROGRAM KONSERVASI CINTA ALAM 2.0

HULU LANGAT, 28-29 April 2017- Seramai 15 orang peserta melakukan pendakian ke puncak Gunung Nuang yang mempunyai ketinggian sebanyak 1,493 meter dan sepanjang 4,898 kaki. Pendakian ke puncak dan perjalanan turun mengambil masa selama 9 jam. Pengutipan sampah dan aktiviti pembersihan turut dilakukan sepanjang aktiviti mendaki dilakukan. Selain itu, di kawasan kem juga para peserta melakukan aktiviti pembersihan bagi menjaga kebersihan dan keindahan alam semulajadi. Secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada para peserta selain menguji daya tahan mereka. Program ini yang telah dijalankan di Kem Lolo, Hutan Lipur Hulu Langat ingin melahirkan pelajar yang cergas tubuh badan dengan melakukan aktiviti fizikal yang bermanfaat dan memupuk rasa cinta terhadap alam dengan mendekatkan diri pelajar dengan alam semula jadi.

Tarikh Input: 14/07/2017 | Kemaskini: 14/07/2017 | mahr

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
SXEbLAC~