Program 17 Road Relay |
» BERITA » Program 17 Road Relay

Program 17 Road Relay

Sekretariat Pengerusi Blok dan Kebajikan telah mengadakan Program 17 Relay pada 28 Februari 2018. Program ini merupakan sebuah aktiviti larian sekitar kawasan Kolej 17 dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) secara berkumpulan. Pengetua Kolej Tujuh Belas, Prof. Dr. Daud bin Ahmad Israf Ali juga turut hadir menyaksikan perasmian program ini. 

Program ini telah disertai sebanyak 24 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri dari 4 orang ahli. 3 Kumpulan terpantas telah di berikan hadiah berupa pingat. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dikalangan pelajar kolej dan melahirkan semangat kerjasama dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat. 

Tahniah diucapkan kepada para pemenang! Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat, kami mengucapkan jutaan tahniah kerana masih menamatkan larian walaupun hujan turun sewaktu di penghujung program. Diharap para pelajar akan lebih bersemangat untuk menyertai acara seperti ini di masa akan datang.

Tarikh Input: 08/03/2018 | Kemaskini: 09/03/2018 | mahr

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
SXEbHAr~