|

Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman sebagai TNC (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM

 

Seluruh warga Universiti Putra Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman di atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM selama tiga tahun mulai 1 September 2017 hingga 31 Ogos, 2020.

Warga Universiti Putra Malaysia amat berbangga dengan pelantikan beliau yang telah ditandatangani oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 28 Ogos 2017.

Beliau mula berkhidmat di UPM pada tahun 1994 sebagai tutor di Fakulti Perubatan Veterinar, sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada 1999, dilantik sebagai Profesor Madya pada 2005 dan seterusnya sebagai Profesor pada 2009.

Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan, Sains Bioperubatan pada tahun 2001 hingga 2003, kemudian beliau dipilih menjadi Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Siswazah) pada tahun 2006 hingga 2012, menyandang jawatan Pengetua Kolej Tujuh Belas dari tahun 2012 hingga 2017 dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman UPM dari tahun 2013 hingga 2017.

Perkhidmatan beliau sepanjang menjadi pengetua Kolej Tujuh Belas serta sebagai Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman UPM telah memberi sumbangan utama dan terbesar dalam penglibatan beliau melalui aktiviti pembangunan sahsiah pelajar dan program anjuran kolej, universiti serta di peringkat kebangsaan. Beliau juga merupakan Penasihat bagi Kelab Persatuan Pelajar.

Kepakaran beliau adalah di dalam bidang Sains Bioperubatan dan merupakan Profesor di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,UPM. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman memperolehi pendidikan di UPM dalam bidang Doctor of Veterinary Medicine (DVM) pada tahun 1994 dan berkelulusan Doctor of Philosophy (Ph.D), Universiti of Edinburgh, Scotland pada 1999.

Harapan Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr Aini Ideris di atas perlantikan Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM dapat mendukung matlamat universiti seiring dengan congan kata "Ihsan Pembentuk Siswa Cemerlang" dalam melahirkan graduan yang berkualiti bagi kebolehpasaran serta memperkasakan pelajar Universiti Putra Malaysia dengan penguasaan kemahiran insaniah dan business skills bagi meningkatkan kopetensi graduan.

Berita Lain...

SXDcWAu~