Pelantikan Pengetua Kolej Tujuh Belas |
» BERITA » Pelantikan Pengetua Kolej Tujuh Belas

Pelantikan Pengetua Kolej Tujuh Belas

 

 

Seluruh warga Kolej Tujuh Belas merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ybhg. Prof. Dr. Daud Ahmad bin Israf Ali di atas pelantikan sebagai Pengetua Kolej Tujuh belas mulai 1 November 2017.

Prof Dr. Daud Ahmad bin Israf Ali telah berkhidmat di Universiti Putra Malaysia selama 22 tahun. Sepanjang perkhidmatan beliau, pelbagai jasa dan sumbangan yang telah ditaburkan sebagai seorang Pensyarah di Jabatan Biomedik sejak tahun 2000. Beliau yang merupakan salah seorang alumni UPM lulusan Fakulti Veterinar bagi Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana pernah dilantik sebagai ketua makmal di Institut BioSains, dan pengarah di makmal interin bagi institut farmaseutikal kebangsaan.

Kepakaran beliau adalah di dalam bidang Biologi sel dan Imunologi dan sekarang sedang meneruskan kajian beliau berkenaan ubat tanpa steroid bagi pesakit asma. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 100 kertas kajian sehingga kini.

Harapan warga Kolej Tujuh Belas agar Prof. Dr. Daud Ahmad bin Israf Ali selaku pengetua baharu Kolej Tujuh Belas dapat mendukung misi kolej untuk menjadi sebuah kolej terulung bagi melahirkan personaliti yang ideal yang akan menyumbang bukan sahaja kepada pembangunan manusia serta penemuan ilmu pengetahuan, tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara bangsa. Sekali lagi, seluruh warga Kolej Tujuh Belas mengucapkan tahniah kepada Prof. Dr. Daud Ahmad bin Israf Ali.

Tarikh Input: 10/03/2018 | Kemaskini: 26/03/2018 | mahr

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
SXEaGAf~