|

Malam Kilauan Berjasa (MAKJASA XII)

Berita oleh Danisya Yusri

Gambar oleh Farizal Abu Bakar 

BANGI, 17 Mac- Pihak kolej Tujuh Belas telah menganjurkan Malam Kilauan Berjasa (MAKJASA XII) bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya. Program ini bertujuan untuk menghargai dan meraikan para pelajar tahun akhir yang masih menginap di Kolej Tujuh Belas memandangkan ini merupakan tahun terakhir mereka di sini. Program ini telah dihadiri oleh YBHg. Datin Sri Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris selaku Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBHg. Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Yang Dihormati Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Perubatan Veterinar, YBHg. Prof Dr. Daud Ahmad bin Israf Ali, Pengetua Kolej Tujuh Belas, barisan Jemaah Pengetua Kolej-Kolej Kediaman, Staff Universiti Putra Malaysia, dan yang diraikan pelajar-pelajar tahun akhir Kolej Tujuh Belas.

sesi bergambar pelajar tahun akhir bersama VIP

Malam Kilauan Berjasa (MAKJASA XII) telah dirasmikan oleh Datin Sri Paduka Dato’ Dr. Aini binti Ideris. Malam ini dimulakan dengan persembahan yang mengagumkan daripada kumpulan The Avant Garde selaku pembuka tirai bagi malam yang penuh bermakna ini. Dengan membawa tagline ‘Immerse Yourself In Mystery’, malam ini juga turut membawa tema ‘Masqurade Prom Night’ di mana para tetamu yang hadir digalakkan untuk memakai tema pakaian seperti ‘dress’, ‘long suit’ dan ‘masquerade mask’. Tujuan tema ini dipilih adalah untuk menimbulkan suasana yang misteri untuk para hadirin meneka siapakah rakan mereka di sebalik topeng tersebut.

pelajar tahun akhir

Malam ini turut diserikan dengan beberapa persembahan menarik antaranya alunan flute dan saksofon daripada dua orang pelajar yang masing-masing dari kos Perubatan dan Perubatan Veterinar. Acara kemuncak yang dinantikan bagi pelajar tahun akhir adalah sesi anugerah atas jasa dan komitmen yang telah diberikan selama 4 atau 5 tahun menetap di Kolej Tujuh Belas.

Anugerah Malam Kilauan Berjasa XII :

Anugerah Putrasakti (Budayawan) – Muhammad Firdhaus Bin Shaharudin

Anugerah Putrasakti (Budayawati) – Nurdarina Ausi Binti Zulkifli

Anugerah Jasa Sukan (Olahragawan) – Muhammad Izzad Syafiq Bin Mohd Fauzi

Anugerah Jasa Sukan (Olahragawati ) – Amirah Binti Abu Bakar

Anugerah Cendekiawan Berjasa – Muhammad Fadhil Bin Zakaria

Anugerah Jasa Kepimpinan – Noor Sifa Shaida Binti Abd Hamid

Anugerah Jasa Bakti – Nurfazira Binti Ruslan

Anugerah Khas Pengetua – Khairul Anuar Bin Ahmad Erawan

Anugerah Kilauan Berjasa – Muhammad Firdhaus Bin Shaharudin

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah dan sekalung tahniah dan penghargaan juga kepada seluruh pelajar tahun akhir Kolej Tujuh Belas atas segala jasa dan bakti yang pernah ditaburkan sepanjang berada di kolej ini. Semoga maju jaya dalam kehidupan dan masa depan.

 

Berita Lain...

SXDdRAN~