FESTIVAL ZAPIN INTERKOLEJ (ZAFEST) 2017 |
» BERITA » FESTIVAL ZAPIN INTERKOLEJ (ZAFEST) 2017

FESTIVAL ZAPIN INTERKOLEJ (ZAFEST) 2017

UPM, 26 MAC 2017- Kelab Senitari Adimastuli telah menganjurkan Festival Zapin Interkolej (ZAFEST) yang disertai oleh para pelajar Universiti Putra Malaysia sesi 2016/2017. Kolej Tujuh Belas telah menghantar seramai 10 orang pelajar bagi pertandingan tersebut. Pada malam itu, Kolej Tujuh Belas telah mempersembahkan Zapin Dayung. Kumpulan ini telah dilatih oleh Suhaizam Shahrul Affendy bin Suhaimi. Festival Zapin juga merupakan satu platform kepada pelajar yang cenderung secara serius dalam bidang seni tari, teknikal dan muzik untuk memperluaskan pengetahuan mereka serta mempertajamkan bakat yang dimiliki dalam bidang ini. 

Tarikh Input: 14/07/2017 | Kemaskini: 14/07/2017 | mahr

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
SXEZQA4~